Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che’ Bard dan Salim Iskandar - Razarudin

LocalPolitics
9 Jan 2024 • 8:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atai dikenali di media sosial sebagai Che'Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar.

Bercakap dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini, beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

“Selain mereka, beberapa pemimpin parti politik juga akan dipanggil untuk beri keterangan,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved