
SpaceX, syarikat aeroangkasa milik Elon Musk dan xAI, syarikat kecerdasan buatan milik Elon Musk dijangka akan mengumumkan langkah penggabungan kedua-dua syarikat berkenaan, seawal minggu ini.

Ia dikatakan kini kedua-dua pihak dalam perbincangan, termasuk telah mula memaklumkan para pelabur berkaitan dengan perancangan ini. Gabungan kedua-dua syarikat ini dijangka membentuk entiti yang lebih bernilai tinggi, serta memudahkan fokus dalam pembinaan pusat data di angkasa, dan beberapa projek lain bersama.
SpaceX mempunyai perkhidmatan pelancaran roket, selain turut menawarkan perkhidmatan internet melalui satelit dibawah Starlink. xAI pula mempunyai media sosial X, selain perkhidmatan kecerdasan buatan dibawah jenama Grok.
Bloomberg turut mengatakan perbincangan kedua-dua pihak ini juga mungkin mengambil masa yang lebih lama, dan terdapat kemungkinan ada pihak yang tidak bersetuju untuk penggabungan berkenaan.
Selain gabungan dengan xAI, sebelum ini ia turut dilaporkan ia turut dipertimbangkan untuk gabungan antara SpaceX dan juga Tesla.
