Langkah Plaza Merdeka Kuching Ambil Golongan OKU Bekerja Dipuji Ramai

6 Mar 2025 • 3:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Plaza Merdeka Buka Peluang Pekerjaan Untuk OKU

Langkah Plaza Merdeka Kuching Ambil Golongan OKU Bekerja Dipuji Ramai. Plaza Merdeka, pusat membeli-belah terkemuka di Kuching, Sarawak baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila mengambil langkah proaktif dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka ditawarkan bekerja di Food Plaza, medan selera yang terletak di tingkat 3.

Dalam perkongsian yang menyentuh hati di laman Facebook Plaza Merdeka, empat individu OKU iaitu Jayvester, Juliana, Matthew, dan Yu Da telah diraikan sebagai sebahagian daripada pasukan pekerja baharu yang penuh semangat dan dedikasi.

image is not available

Mereka diberikan lencana khas

Mereka juga diberikan lencana khas pada apron mereka sebagai tanda penghargaan dan sokongan daripada pihak pengurusan Plaza Merdeka. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen Plaza Merdeka terhadap kesaksamaan dan inklusi, malah membuktikan bahawa keupayaan seseorang itu tidak terhad oleh halangan pendengaran.

Inisiatif positif ini mendapat sambutan baik daripada warga tempatan yang memuji usaha pusat beli-belah tersebut kerana membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin. Di samping memberikan peluang pekerjaan, Plaza Merdeka turut berhasrat menjadi contoh kepada premis perniagaan lain agar turut membuka ruang kepada golongan OKU, mencipta persekitaran kerja yang lebih harmoni dan pelbagai.

Baca juga cerita semasa di bawah: