Langkah segera akan diambil rancakkan industri pelancongan Langkawi - Anwar

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan turut disertai Pegawai Daerah serta Ketua Polis Daerah Langkawi. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau pada Isnin, Anwar berkata, beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau itu.

Anwar telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu. - Bernama