Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

LocalEnvironment
15 Sep 2025 • 6:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

Sejak kebelakangan ini, seluruh negara sering dilanda hujan lebat, mengakibatkan beberapa kawasan rendah termasuk di Sabah dilaporkan mula dinaiki air.

Pun begitu, banjir antara salah satu bencana alam yang tidak dapat dielakkan, namun kita mampu membuat persiapan awal untuk berdepan dengan bencana ini.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsikan beberapa langkah bagi persediaan awal, semasa dan selepas yang boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa musibah ini di bawah.

Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Banjir

  • Langkah pertama yang perlu diambil adalah anda perlu menyimpan segala dokumen penting dan barang berharga ke dalam bekas kalis air
  • Anda harus menyimpan bekalan air bersih bagi kegunaan mandi dan minum.
  • Langkah ketiga anda perlu memastikan di mana lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan yang terdekat.
  • Anda hendaklah menyediakan peralatan kecemasan atau first aid kit secukupnya.
  • Anda juga harus menyediakan power bank bagi kegunaan ketika kecemasan.
  • Anda juga perlu bersiap sedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan sekiranya diberitahu oleh pihak berkuasa.

 

image is not available
Gambar: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Langkah Yang Perlu Diambil Semasa Banjir

  • Langkah pertama yang perlu diambil semasa banjir. Anda tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah tanpa arahan daripada pihak berkuasa.
  • Anda juga haruslah sentiasa mengikuti perkembangan keadaan semasa banjir.
  • Elakkan untuk menyentuh barangan elektronik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak sepatutnya terjadi.
  • Langkah keempat anda perlulah mengawasi kanak-kanak dan elakkan mereka daripada bermain dengan air banjir.
  • Anda mestilah bersiap sedia untuk berpindah ke lokasi lain sekiranya terdapat risiko banjir kilat di lokasi anda.
  • Langkah terakhir adalah minum air masak atau air yang berbungkus.

image is not available
Gambar: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Langkah Yang Perlu Diambil Selepas Banjir

  • Langkah pertama yang diambil selepas banjir adalah jangan menghampiri talian elektrik yang putus atau jatuh.
  • Anda mestilah mengelak daripada makan makanan yang terdedah.
  • Anda juga mestilah elakkan diri daripada terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit.
  • Langkah seterusnya adalah memeriksa kerosakan tangki septik bagi mengelakkan bahaya biologi.
  • Langkah kelima ialah anda perlu membuang makanan yang sudah rosak termasuk makanan tin yang sudah terendam air banjir.
  • Langkah terakhir adalah anda mestilah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati dan pastikan memakai kasut.

image is not available
Gambar: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia