Langkawi Akan Dicadangkan Sebagai ‘Destinasi Pilihan Muslim’ – Timbalan Menteri Pelancongan

26 Jun 2024 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan tampil memberi cadangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai ‘destinasi pilihan muslim’.

Perkara itu dicadangkan sebagai susulan pelancaran menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak lama sahaja lagi.

image is not available

Ujar Khairul, usul itu dicadangkan bagi tujuan untuk melonjakkan lagi potensi Pulau Langkawi dan bersaing dengan pulau lain yang berada di rantau ini.

Kita tahu Langkawi mungkin sukar untuk bersaing dengan pulau-pulau lain di rantau ini.

Kita mungkin akan memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ supaya ia lebih ke arah kekeluargaan dan kerohanian.

Usul itu kemudian dipersoal Teresa Kok (PH- Seputeh) yang membangkitkan isu larangan minum arak dan memakai seluar pendek yang tidak mesra pelancong dan boleh menjejaskan kejayaan TMM2026.

image is not available

Khairul menjawab keadaan cukup terkawal selepas kementerian telah bekerjasama dengan kerajaan negeri yang menguatkuasa peraturan sedemikian.

Dia juga meminta semua pihak untuk tidak meneliti perkara remeh seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Nak Jalan-Jalan Pada Hujung Minggu Dengan Anak-Anak? Wajib Lawat Taman Tema Dinosaur Terbesar Di Malaysia, Harga Tiket Pun Murah!