Langkawi antara 5 daerah cuaca panas tahap satu

21 Feb 2024 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di empat kawasan di Kedah termasuk Langkawi dan satu daerah di Sabah.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di empat kawasan di Kedah termasuk Langkawi dan satu daerah di Sabah.

Agensi itu memaklumkan, daerah lain yang terlibat adalah Padang Terap, Sik dan Baling serta Beaufort di Sabah.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," menurut agensi itu menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved