

[BENTUK KERAJAAN] Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada gabungan berjaya melepasi angka 112 kerusi dan kini semua mata terarah kepada rundingan setiap parti.
Pagi tadi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg, dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala pemimpin-pemimpin UMNO mula tiba pada jam 12.26 tengahari di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn bagi menyertai dua mesyuarat penting susulan kekalahan Barisan Nasional (BN).
