(LANGSUNG) Jana Wibawa: Muhyiddin Didakwa Hari Ini 

LocalPolitics
10 Mar 2023 • 8:52 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhyiddin Yassin ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas beberapa pertuduhan, termasuk penglibatannya berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhyiddin akan didakwa pada jam 9 pagi ini.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 serta Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Terdahulu, SPRM mengesahkan Muhyiddin ditahan pada jam 1 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau ditahan selepas hadir untuk memberi penjelasan berhubung proses siasatan kes salah guna dana kerajaan berkaitan Jana Wibawa.

Muhyiddin kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kira-kira sembilan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang tiba ke ibu pejabat SPRM pada jam 11.15 pagi, dilihat keluar pada jam 8.15 malam.

Getaran membawakan anda perkembangan kes pendakwaan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu.

image is not available
Sebahagian daripada penyokong Muhyiddin bersama kemeja-t bertulis 'Kami bersama abah'.

8.50 pagi - Pemimpin parti itu yang turut kelihatan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Rina Harun, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Seri Radzi Jidin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

8.45 pagi: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditemui di kompleks mahkamah sama.

8.40 pagi: Kenderaan membawa Muhyiddin dilihat tiba di kompleks mahkamah.

8.40 pagi: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan puluhan penyokong Muhyiddin berada di luar kompleks mahkamah pagi ini, sebagai tanda solidariti untuk presiden parti berkenaan.

8.20 pagi: Bernama melaporkan kenderaan polis dilihat di kediaman Muhyiddin di Jalan Setiabakti 5, Bukit Damansara dan kira-kira 10 minit kemudian, kenderaan membawa mantan Perdana Menteri itu meninggalkan kediaman berkenaan.

8.10 pagi: Petugas media sudah mula berkumpul di Komplek Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini menjelang prosiding membabitkan Muhyiddin.