(LANGSUNG) Muhyiddin Didakwa Sekali Lagi Pagi Ini

Politics
13 Mar 2023 • 8:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini menjadi tumpuan apabila Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa atas kes pengubahan wang haram. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini menjadi tumpuan apabila mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa atas kes pengubahan wang haram.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dakwaan itu yang dijangka bermula 8.30 pagi ini, menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terbabit kali kedua dihadapkan ke mahkamah.

Pada Jumaat lalu, beliau didakwa atas enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, iaitu masing-masing empat pertuduhan kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin, 76, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Susulan pertuduhan itu, Hakim Azura Alwi menetapkan beliau dibenarkan diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Getaran membawakan perkembangan kes pendakwaan Muhyiddin hari ini. - Getaran, 13 Mac 2023

8.10: Muhyiddin bakal berdepan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

7.50: Lebih 30 petugas media berkumpul di luar pekarangan Mahkamah Shah Alam bagi membuat liputan kes bekas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.