Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nur Ashikin memuji pekerja Restoran Thaqwa di Seasons Garden Residences, Wangsa Maju kerana menyantuni kucing terbiar yang datang ke kedai makan tersebut.
Menurut Ashikin, staf kedai makan itu tidak menghalau kucing berwarna jingga tersebut malah memberi makan secara percuma.
Staf Carik-carik Ikan Goreng & Pisahkan Dari Tulang Untuk Memudahkan Kucing Makan
Menerusi video tersebut kelihatan ikan goreng yang telah dicari-carik isinya dihidangkan atas kertas alas pinggan untuk diberikan kepada kucing tersebut.
Kelihatan kucing berkenaan tidak panik atau ketakutan seolah-olah sudah terbiasa diberi makan di sana.
“Syurga Buat Pekerja Kedai Mamak” – Pengunjung
Dalam masa sama, Ashikin turut memuji staf yang tidak berkira memberikan ikan goreng baharu dan bukannya daripada sisa makan pelanggan di sana.
“Syurga buat kedai mamak warna biru di Seasons Garden (kondominium), Wangsa Maju. Siap bagi ikan percuma dekat kucing, tak halau pun. Kesiannya alahai muka baby oyen (kucing terbiar).
“Tolong pergi support kedai mamak ni! Tambahan, dia bagi makanan tu berlapik tau! Kucing tu duduk sana sikit pun dia tak halau. Terbaik dooh!” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Jelas wanita berkenaan, bukan hanya kucing itu, malah banyak lagi kucing jalanan lain yang dibenarkan oleh staf untuk duduk di kedai itu.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berlari Tahan Kereta Dalam Cubaan Selamatkan Anak Kucing Atas Jalan Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular ‘Signboard’ Larang Beri Haiwan Liar Makan Didakwa Di Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai
“Semoga Pemilik Kedai Makan Dimurahkan Rezeki” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memuji pekerja-pekerja baik hati dari restoran berkenaan selain meluahkan hasrat untuk menyokong bisnes mereka.
“Saya akan datang kedai makan ni sebab dia (pekerja) bagi makan kucing secara percuma dan sebab tak sepak atau halau dengan penyapu. Semoga Tuhan berkati kedai ni,” kata seorang pengguna Threads.
“Alhamdulillah. Semoga pemilik dimurahkan rezeki. Oyen pun nampaknya gemuk,” tambah seorang lagi individu.
Malah ramai juga yang mendoakan perkara yang baik-baik buat perniagaan kedai makan tersebut.
“Kita akan support kedai, restoran yang bagus macam ni. Menyantuni haiwan jalanan. Semoga bisnes semakin laju,” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kedai-mamak-santuni-kucing-jalanan-1003x1024.jpg)
![Image from: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kedai-mamak-santuni-kucing-jalanan-2-850x1024.jpg)
![Image from: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kedai-mamak-santuni-kucing-jalanan-3-1024x932.jpg)
![Image from: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kedai-mamak-santuni-kucing-jalanan-4-720x1024.jpg)
![Image from: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kedai-mamak-santuni-kucing-jalanan-5-720x1024.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Siap Masak Untuk Beri Makan Kepada Haiwan Jalanan Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Panggil Sayang” – Wanita Singapura Beri Makan Kucing Jalanan Buat Ramai Terharu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]
