Langsung Tak Pakai Mekap Hadir Majlis Ilmu, Netizen Kagum Lihat Hijrah Lisa Surihani

Entertainment
23 Aug 2022 • 9:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon jelita, Lisa Surihani merupakan salah seorang selebriti yang kini mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna. Ramai yang kagum melihat kisah hijrah Lisa yang benar-benar mencari hidayah dalam hidupnya.

Terbaru, isteri kepada Yusry ini menarik perhatian ramai apabila dilihat hadir ke sebuah majlis ilmu tanpa mengenakan secalit solekan.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ainun Umirah, pelakon ini dilihat mengenakan tudung labuh dan jubah hitam.

@ainunumirah98 Semoga kita semua dapat menjadi seperti beliau suatu hari nanti image is not available terus istiqomah image is not available#lisasurihani #fyp #motivation #fypシ #foryou #fypdongggggggg #viral ♬ Selawat Al Mustafa – Aisha Azuan

Perkara itu telah membuatkan ramai berasa ‘sejuk hati’ melihatnya dan berharap agar satu hari nanti, mereka juga berhijrah seperti Lisa.

Dalam pada itu, netizen turut memuji cara dia berhijrah kerana dia mengambil langkah satu per satu untuk memyempurnakan penghijrahannya dan kekal istiqamah hingga ke hari ini.

image is not available

Kredit: TikTok Ainunumirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.