“Langsung Tak Peduli” – Peminat Kecewa Lihat Song Hyekyo Masih Sokong Jenama Diboikot

Music
17 Jun 2024 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Isu boikot yang sedang berlaku di dunia kini pastinya tidak asing lagi untuk semua orang.

Namun pada 17 Jun hari ini, peminat kecewa melihat Song Hye-kyo yang baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Incheon dari Itali, memegang secawan kopi Starbucks.

Ramai orang pastinya sudah tahu bahawa Starbucks merupakan salah satu jenama yang sedang diboikot secara global kini, kerana sokongan mereka kepada Israel untuk menyerang Gaza.

Meskipun dikecam namun ada peminat menyatakan bahawa kopi itu adalah pemberian dari peminat yang menunggunya di airport dan bukan dari pembeliannya sendiri.

Malahan, Song Hye-kyo juga langsung tidak minum kopi itu dan terus memberikannya kepada pengurusnya. Komen netizen,

  • Dia dah 40 tahun kan? Patutnya ambil tahu la.
  • Haihh terus unfollow la macam ni.
  • Kalau peminat bagi pun, kenapa dia terima?
  • Bukan ke artis tak akan ambil makanan atau minuman yang peminat bagi?
  • Mereka memang langsung tak peduli kan.

Hmm..apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.