Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan

3 Feb 2024 • 7:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, Kedah.

image is not available
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz dibawa ke Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

image is not available
Jenazah dikebumikan mengikut istiadat pengebumian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

SUNGAI PETANI - Jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, yang maut akibat kemalangan di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berdekatan Gurun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau kira-kira jam 12.50 tengah malam (Sabtu).

Jenazah dikebumikan mengikut istiadat pengebumian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

**media[2523962]**

Terdahulu, jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz tiba di Masjid Al Wajdi dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan selesai disembahyangkan pada jam lebih kurang 11.50 tengah malam tadi.

Lebih 250 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota ATM, kenalan, ahli keluarga serta penduduk setempat hadir ke istiadat pengebumian bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Hafiz.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Panglima 30 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim.

Sebelum ini, media melaporkan kemalangan maut melibatkan tiga orang anggota Tentera Darat Malaysia di Kilometer 77.5 Lebuh raya Utara Selatan 10.45 pagi, pada Jumaat.

**media[2523964]**

Mereka yang terlibat dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia adalah Sarjan Rozali Abdul Rani, 39, Koperal Mohd Asri bin Idris, 40, dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.

Ketiga-tiga anggota berkenaan dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak sedang dalam konvoi melibatkan tiga buah trak menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah.

Salah sebuah kenderaan konvoi berkenaan mengalami kerosakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti di laluan kecemasan lebuh raya sebelum dirempuh oleh sebuah lori di lokasi kemalangan.