Lans Koperal Tembak Isteri Direman Tujuh Hari

6 Mar 2023 • 3:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Lans Koperal Tembak Isteri Direman Tujuh Hari

KANGAR, 6 Mac (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA