“Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak ‘Leak’ Ke..” – Alan Razak

23 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama peguam Alan Razak kembali disebut selepas isu membabitkan Cik Epal dan Emira Delyati Dewi kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Namun, bagi Alan, pendiriannya cukup jelas. Bekas peguam Dewi itu tidak bercadang untuk memberi sebarang penjelasan tambahan mengenai perkara berkenaan.

Alan Razak tak lagi mewakili mana-mana pihak, bebas wakili siapa sahaja

ibu dewi

Menerusi hantaran di media sosial, Alan menegaskan kenyataan terdahulu merupakan yang pertama dan terakhir daripadanya mengenai isu tersebut.

I have said before that my statement on the matter was the first and the last I would make. There will be neither further statements nor clarifications to be issued on my part.- Katanya.

Malah, Alan menjelaskan beliau kini tidak lagi mempunyai sebarang kapasiti untuk bertindak bagi mana-mana pihak yang terlibat.

Isu kembali jadi perhatian

Image from: “Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak ‘Leak’ Ke..” – Alan Razak

Perkara itu kembali diperkatakan selepas beberapa dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan prosiding kes melibatkan Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam tersebar di media sosial sejak semalam.

Antara bahan yang menjadi perhatian termasuk beberapa tangkap layar perbualan serta dakwaan mengenai barangan tertentu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Sebelum ini, kes saman antara Cik Epal dan Dewi telah pun diselesaikan secara baik.

The post “Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak ‘Leak’ Ke..” – Alan Razak appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved