Lantang Bersuara Tentang Kes #JusticeForZara, Wanita Dakwa Guru SMKA Tidak Puas Hati? – “Kau Ada Waktu Post-Mortem Arwah?”

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pemergiaan remaja perempuan bernama Zara Qairina, 13, menjadi perhatian sejak beberapa hari yang lalu dan ramai netizen memulakan gelombang #JusticeForZara sebagai bentuk untuk mendesak pihak atasan segera menyelesaikan siasatan agar perkara sebenar terbongkar.

Terima komen negatif susulan lantang bersuara kes arwah Zara

Melalui platform Facebook, seorang wanita bernama Nursyafiqah Roslan yang lantang bersuara mengenai isu melibatkan arwah Zara mendedahkan bahawa dirinya menerima komen negatif daripada pihak-pihak tertentu.

Tidak mengetahui sebab menerima komen sedemikian, tetapi ia sudah cukup menjadi bukti bahawa pihak-pihak tersebut tidak berpuas hati Nursyafiqah lantang bersuara mengenai kes ini.

image is not available

Kau ada waktu post-mortem arwah? Atau kau lupa minum ubat PSY..

Katanya, individu tersebut menulus komen sindiran, malah memperlekehkan keadaan wanita itu yang pernah bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Guru dari SMKA yang tidak berpuas hati?

Hal yang mengejutkan, Nursyafiqah dapat mengetahui individu yang menulis komen-komen jelek itu rupa-rupanya guru yang berkhidmat di SMKA, tempat arwah Zara pergi selamanya.

image is not available

Sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tiada pihak yang akan dilindungi dan jika didapati bersalah, hukuman sewajarnya akan dikenakan.

image is not available 2025-07-25 14:55:18

“Siasatan Belum Selesai Tapi..” – Keluarga Arwah Zara Qairina Terkejut Beberapa Pelajar Tiba-Tiba Dipindah Sekolah