Laos intai kejutan

LocalFootball
28 Jul 2026 • 9:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Laos intai kejutan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Laos, Vladica Grujic mengakui jurang kualiti antara bola sepak Malaysia dan Laos masih besar, namun percaya pasukannya tetap mampu mencipta kejutan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Menurut Grujic, Malaysia memiliki kelebihan kerana beraksi dalam liga profesional, manakala Laos masih bergantung kepada liga amatur, sekali gus menyukarkan mereka untuk bersaing secara konsisten dengan pasukan terbaik Asia Tenggara.

“Malaysia adalah antara dua atau tiga pasukan terbaik di Asia Tenggara dan kami amat menghormati mereka. Namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Kami pernah seri 1-1 dengan Thailand tahun lalu, walaupun tewas 0-5 kepada mereka dalam perlawanan terakhir.

“Kami akan mencari peluang untuk memberikan tentangan terbaik kepada Malaysia,” katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan, semalam.

Grujic turut mengesahkan kapten pasukan terpaksa diketepikan akibat kecederaan, selain kehilangan seorang lagi pemain yang digantung selepas menerima kad merah ketika menentang Thailand.

“Kapten kami ialah pemain yang sangat penting dan kami pasti merinduinya. Namun kami sudah membuat persiapan selama tujuh minggu dan semua 23 pemain dalam skuad bersedia membantu pasukan,” katanya.

Mengulas kekalahan 0-5 kepada Thailand, Grujic berkata, beliau berusaha membangkitkan semangat pemain memandangkan pasukannya dibarisi pemain muda dengan purata usia hanya 22 tahun. – UTUSAN

The post Laos intai kejutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved