Lapan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ banjir

21 Sep 2022 • 9:46 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SHAH ALAM : Lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ atau lokasi tumpuan banjir.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi hantaran di Facebooknya memetik sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor merupakan kawasan yang terlibat.

Manakala daerah yang tidak disenarai ialah Hulu Selangor.

NADMA turut menjelaskan bahawa lokasi tumpuan berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari 2019 hingga 2022.

Dalam pada itu, semua daerah di Selangor itu diletakkan sebagai berisiko banjir berdasarkan kawasan terbabit pernah dilanda banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai terperinci kawasan boleh merujuk Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Instagram, Majlis Keselamatan Negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved