Lapan Hilang Selepas Helikopter Terputus Hubungan Di Kalimantan Selatan

2 Sep 2025 • 12:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lapan Hilang Selepas Helikopter Terputus Hubungan Di Kalimantan Selatan

JAKARTA (Bernama) — Sebuah helikopter yang membawa lapan orang dilaporkan terputus hubungan pada Isnin di Wilayah Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, menurut agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia, Basarnas.

Jurucakap Basarnas Banjarmasin Aris Maulana berkata pasukan mencari telah digerakkan ke kawasan berkenaan bagi mengesan juruterbang, seorang jurutera dan enam penumpang.

“Setakat ini tiada maklumat mengenai mangsa yang terselamat atau terkorban,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Helikopter jenis Airbus MBB BK117-D3 yang dikendalikan Eastindo Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Kota Baru pada 8.46 pagi waktu tempatan menuju ke Palangkaraya dan dijadual tiba pada 10.15 pagi.

“Helikopter itu membuat hubungan radio terakhir lapan minit selepas berlepas sebelum hilang daripada radar,” kata Aris.

Kedudukan terakhir yang diketahui adalah kira-kira empat kilometer dari Air Terjun Mandin Damar di Daerah Mantewe, kawasan terpencil yang dipenuhi bukit rendah dan hutan tropika tebal.

Sumber: BERNAMA