Lapan individu terlibat pelbagai jenayah diburu

LocalPolitics
7 Jun 2025 • 9:13 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Polis Daerah Sandakan kini sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah yang berlaku di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy a/l Kuppan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai individu terbabit diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah Sandakan di talian 089-212222 atau hadir ke mana-mana balai polis yang berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

Antara yang diburu adalah individu yang disyaki melakukan jenayah seksual iaitu Yee Kok Wai (Mykad : 621219-12-5433) atas kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol, Mohammad Azwan Mukram (gambar) (Mykad : 960814-12-6277) atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Hisyam Tarang (MyKad: 820304-12-6061) atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Selain itu, Mohd Nazrie Mohd Sha (Mykad : 770914-12-5581) atas kesalahan di bawah Sekysen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, Firdawis Daud (Mykad : 860401-12-5489) atas kesalahan di bawah Seksyen 46 (N) Akta Penjara 1995.

Turut diburu, seorang wanita Indonesia berusia 31 tahun iaitu Safawati Taming (No pasport: C3822626) atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Selain itu, Mohd Dussin Ahmad (MyKad : 900828-12-5529) atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1959 dan Mohd Nursyahfiq Homir Sari (Mykad: 990815-12-5193) atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Ramasamy menegaskan komitmen pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved