Lapan kawasan di tiga negeri catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia

LocalEnvironment
2 Apr 2026 • 6:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Gambar hiasan
image is not available
MetMalaysia memaklumkan lapan kawasan melibatkan tiga negeri dikesan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga bagi cuaca panas. Sumber gambar MetMalaysia

SHAH ALAM - Lapan kawasan melibatkan Kedah, Kelantan dan Pahang dikesan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga bagi cuaca panas setakat kemas kini jam 4 petang pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan terlibat di Kedah ialah Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Pahang pula membabitkan lokasi Maran.

Ujarnya, kawasan seperti Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang, Kelantan turut dikesan berada pada tahap satu untuk cuaca panas.

**media[3479770]**

“Tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MetMalaysia memaklumkan, maklumat terkini berhubung status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ atau ikuti perkembangan di media sosial rasmi jabatan berkenaan.