Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

17 May 2025 • 4:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan juag dijangka hujan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala di Kelantan melibatkan Kuala Krai dan Gua Musang.

“Bagi Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Sementara di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

“Di Selangor, kawasan yang diramal hujan seperti hanya di Gombak dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan kawasan Jelebu.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02Qm2gK2bZW1dAa3EzJ4DBKvHhK2rGkfUEgbXHaZ1pRdgUVE7pdwkSRKp5jVihVwGel