
Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.
Hujan Lebat Petang Ini
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.
"Manakala di Terengganu pula termasuk Setiu dan Kuala Nerus. Sementara itu di Selangor pula melibatkan kawasan Gombak dan Hulu Langat.
"Dua daerah di Negeri Sembilan, Jelebu dan Jempol juga dijangka hujan petang ini. Bagi Johor, hanya Mersing dan Kota Tinggi diramal hujan.
"Beralih ke Sarawak kawasan yang diramal hujan adalah Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).
"Bagi Sabah pula termasuk Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
