Lapan pasukan perantau negeri bertarung di Pesta Bola Merdeka

LocalFootball
19 Aug 2025 • 12:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lapan pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Karnival Pesta Bola Merdeka 2025. Gambar kecil: Redduan

SORAKAN, skil dan semangat patriotik bakal membara di Radia Arena, Bukit Jelutong sempena Karnival Pesta Bola Merdeka 2025 pada 23 Ogos ini.

Itu jaminan pengerusi jawatankuasa penganjur Redduan Abd Rahman pertandingan edisi kedua anjuran dalam kalangan anak perantau negeri bakal menampilkan lapan pasukan bertaraf amatur.

“Lapan pasukan amatur ini terdiri VBG FC dari Perak, Seratarata FC (Kedah), GAPT FC (Terengganu), AS FC (Selangor), Trofast FC (Perlis), VRAP FC (Pahang), Botanic Vet FC (Sabah) dan VI FC (Kuala Lumpur).

“Penganjur yang akan dijadikan acara tahunan selepas ini dijangka meriah dengan kehadiran penyokong tempatan yang mahu menyaksikan bakat bola sepak komuniti beraksi sambil memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan,” katanya kepada Sukan Sinar.

View Original Article