Lapan tahun bercinta, Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

14 Dec 2023 • 11:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas lama tidak mendengar khabar berita, penyanyi era 90-an Jeslina Hashim bakal kahwin dengan kerabat diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tunku Eddy memuat naik satu foto memaparkan Jeslina yang dilihat memakai cincin di jarinya.

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Pada ruangan kapsyen, Tunku Eddy menulis bahawa tarikh ulang tahun perhubungan bersama akan ‘bertukar’ pada tahun hadapan.

“Lapan tahun yang menggembirakan dan mengujakan bersama Jeslina! Tahun depan kita perlu tukar tarikh ulang tahun kita,” tulisnya pada awal bulan lalu.

Kapsyen tersebut seperti memberikan bayangan bahawa pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan.

Menjengah ke Instagram milik Jeslina pula, penyanyi berusia 45 tahun itu juga ada memuat naik video memaparkan dia melakukan persiapan untuk hari bahagianya.

Namun begitu, dalam satu muat naiknya baru-baru ini, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu berkata dia akan memadam sebarang komen negatif daripada netizen.

“Komen negatif akan dipadam untuk mengelakkan daripada menarik lebih perhatian orang-orang negatif,” tulisnya.

Sebelum ini, Jeslina atau nama penuhnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim sering menerima kecaman netizen kerana kerap memuat naik fotonya yang dikatakan seksi.

Untuk rekod, ibu tunggal dua cahaya mata itu pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe namun bercerai talak satu pada Mac 2013.

Sumber: Instagram Tunku Eddy & Jeslina Hashim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved