Lapan Terkorban Dalam Kebakaran Di Oklahoma, Disyaki Kes Pembunuhan

28 Oct 2022 • 5:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MOSCOW, 28 Okt (Bernama) — Lapan orang ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di bandar Broken Arrow, Oklahoma di Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik jabatan polis tempatan.

“Jabatan Polis Broken Arrow mengesahkan lapan meninggal dunia di sebuah rumah di 400 blok S Hickory Ave. Kejadian agak kompleks berdasarkan keadaan rumah yang rosak akibat kebakaran,” kata polis menerusi media sosial pada Khamis. Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Pada masa sama, polis percaya tiada ancaman segera ke atas orang ramai ekoran kes itu.

“Berdasarkan kenyataan saksi, dua orang dewasa dan enam kanak-kanak tinggal di rumah itu,” kata pegawai maklumat awam jabatan polis Broken Arrow Ethan Hutchins pada sidang akhbar.

Beliau berkata kes itu dipercayai pembunuhan pertama di bandar itu tahun ini.

Polis akan mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai kejadian itu pada Jumaat.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved