Lapan Warga Asing Diarah Berpatah Balik Di Sempadan Bukit Kayu Hitam

18 Aug 2025 • 6:51 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kedah mengeluarkan lapan Notis Penolakan Masuk (NPM) terhadap warga asing yang cuba masuk ke negara ini melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

Senarai Warga Asing Ditolak Masuk

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua mereka terdiri daripada seorang lelaki Pakistan, dua lelaki India, seorang lelaki Afghanistan, tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki Sri Lanka, lapor BH Online.

Tidak Patuhi Syarat Kemasukan

“Secara keseluruhan, lapan lelaki dan tiga wanita sudah dikenakan NPM mengikut Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mematuhi syarat kemasukan sebagai pelawat ke Malaysia.

“Mereka diarahkan berpatah balik ke negara asal masing-masing melalui laluan masuk sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan, tiada sebarang rampasan atau elemen jenayah dikesan sepanjang proses penolakan masuk berkenaan. – The Malaysian Update

The post Lapan Warga Asing Diarah Berpatah Balik Di Sempadan Bukit Kayu Hitam appeared first on The Malaysian Update.