
Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memuat naik gambar dirinya dan keluarga sedang bercuti ke Dubai, wahh.
Ahli politik itu mengatakan bahawa dirinya dapat berehat dengan tenang sambil meluangkan masa bersama keluarga tanpa memikirkan masalah politik.
3 tahun tak dapat bercuti

Menurutnya, hampir tiga tahun beliau tidak sempat bercuti kerana terlalu sibuk dengan urusan pentadbiran negara.
Alhamdulillah selesai bercuti bersama keluarga di UAE selepas 3 tahun tak sempat bercuti kerana urusan kerja. Alhamdulillah selesai bercuti bersama keluarga di UAE selepas 3 tahun tak sempat bercuti kerana urusan kerja.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen juga mengakui bahawa ini adalah kali pertama nampak bekas Perdana Menteri itu bercuti.



Semoga beliau bergembira dapat bercuti bersama keluarga di sana.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Lapang Kepala Tak Serabut Masalah Politik” – Ismail Sabri Seronok Bawa Keluarga Bercuti Ke Dubai appeared first on Oh! Media.





