Lapangan Terbang Baharu Sarawak Bakal Jadi Tarikan Pelabur Antarabangsa

27 Oct 2024 • 7:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lapangan Terbang baharu Sarawak dijangka akan menarik minat pelabur

Lapangan Terbang Baharu Sarawak Bakal Jadi Tarikan Pelabur Antarabangsa. Dilaporkan, dengan projek pembangunan strategik, Sarawak kini semakin pesat dan membangun dengan projek lapangan terbang baharu yang bakal dibina di Kuching yang dijangka menarik minat pelabur menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Menurut Abang Johari, Sarawak akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan strategik utama, di mana lapangan terbang baharu serta infrastruktur strategik lain seperti pelabuhan yang telah diumumkan beliau, menjadi komponen penting dalam visi tersebut.

image is not available
Lapangan Terbang Baharu Sarawak Bakal Jadi Tarikan Pelabur Antarabangsa

Sudah ada pelabur yang berminat

Lapangan terbang ini akan dibangunkan oleh kerajaan Sarawak, dan beliau berkata sudah ada pelabur yang berminat untuk bekerjasama.

Ini bermaksud, kita memulakannya dengan dana kita sendiri, tetapi sekarang pihak lain turut berminat untuk melabur dalam lapangan terbang baharu kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis penutupan Karnival UDA 2024 di Sarawak, yang dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Mengulas lanjut, Abang Johari menerangkan bahawa lapangan terbang baharu ini akan direka berasaskan hab antarabangsa utama seperti Abu Dhabi dan Doha, menggabungkan teknologi terkini bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lancar.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menampilkan teknologi canggih

Lapangan terbang ini juga dikatakan akan menampilkan teknologi canggih, di mana semua proses dari daftar masuk hingga imigresen diselaraskan, memudahkan pergerakan masuk dan keluar.

Jika kita berjaya dilaksanakan, lapangan terbang baharu ini akan menarik pelancong yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap perhotelan dan perniagaan runcit. Ekonomi yang maju tidak boleh bergantung hanya kepada penduduk tempatan di mana ia memerlukan pencipta pasaran, dan pasaran tersebut boleh diwujudkan sekiranya infrastruktur asas disediakan.

Menekankan kepentingan sokongan, termasuk dari pelabur, Abang Johari turut berkongsi bahawa beliau telah membuat kajian perbandingan antara pembangunan Dubai dan Sarawak.

Lagi artikel berkenaan untuk anda di sini: