
Kecoh baru-baru ini pelancong Korea pergi bercuti di Sabah sampai airport sesak
Lapangan Terbang Sesak, Pelancong Korea ‘Serbu’ Sabah. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mengalami kesesakan Khamis lalu, berikutan ketibaan hampir serentak 1,098 pelancong Korea Selatan, memetik laporan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew menyatakan bahawa kejadian itu berlaku selepas lima syarikat penerbangan dari negara terbabit mendarat pada jarak masa dekat.

Syarikat penerbangan Jin Air dari Incheon bawa sebanyak 385 penumpang
Menurut maklumat yang diperoleh daripada pengurusan KKIA, pesawat Jin Air dari Incheon dengan 385 penumpang tiba pada 9.47 malam.
“Kira-kira 45 minit kemudian, pesawat Jeju Air dari Incheon (157 penumpang) tiba diikuti Air Busan dari Busan (193 penumpang) pada 10.40 malam.
“Seterusnya Jeju Air dari Incheon (179 penumpang) tiba pada 11.25 malam dan T’way Air dari Incheon (184 penumpang) pada 11.49 malam.
“Saya menerima maklum balas daripada pemain pelancong dan ahli komuniti perniagaan yang merungut bahawa tandas tidak mencukupi, di samping terdapat keperluan mendesak untuk memanjangkan terminal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
10 kaunter imigresen dibuka, tetapi tetap sesak
Menurutnya, pihak pengurusan KKIA memaklumkan kesemua 10 kaunter imigresen telah dibuka pada malam itu, namun kesesakan yang berlaku memerlukan penyediaan kaunter tambahan pada masa hadapan.
“Jelas sekali, kita memerlukan lebih banyak kaunter imigresen. Saya rasa penstrukturan semula kaunter adalah wajar untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan proses pelepasan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa pengurusan lapangan terbang untuk memulakan kerja menaik taraf tandas dengan segera, berdasarkan sejumlah RM8.4 juta yang diperutukkan untuk menaik taraf kemudahan KKIA.

