Lapangan Terbang Subang akan terima kapal terbang jet selepas 26 tahun

15 Mar 2024 • 3:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas 26 tahun, bermula Jun 2024 ini kita boleh lihat kapal terbang berenjin jet kembali mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS). Ia selepas projek pemuliharaan lokasi yang turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang (SZB) itu selesai. 26 tahun dulu, operasi kapal terbang berenjin jet dipindahkan ke KLIA yang lebih besar dan selesa.

image is not available

Berbalik kepada projek pemuliharaan Lapangan Terbang Subang, projek yang berjalan sejak Februari 2023 itu mengandungi kerja-kerja seperti menambah kawasan parkir kapal terbang untuk model berkuasa jet dan turboprop. Kelak, kapal terbang seperti Boeing 737s, Airbus A320s, dan A321s boleh memanfaatkan pembaharuan yang dibawakan itu.

image is not available

Jenama seperti Firefly dan Batik Air Malaysia akan terus menggunakan SZB dan kini mereka mempunyai peluang untuk menaik taraf fleet kapal terbang kepada jenis jet dek ruang yang lebih besar sekarang. Pengendali penerbangan jenama lain juga dipelawa untuk menjadikan SZB sebagai hab masing-masing.

Projek pembaikan lapangan terbang ini katanya akan mempertingkat kapasiti penumpang sekali ganda SZB daripada 1.5 juta setahun sekarang kepada 3.0 juta setahun. Buat makluman anda, ini baru fasa pertama naik taraf. Pihak pengendali lapangan terbang sedang mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk fasa dua dan fasa tiga.

Kapasiti SZB masih kerdil jika dibandingkan dengan KLIA. Lapangan terbang utama negara itu mampu mengendalikan 75 juta penumpang setahun di kedua-dua Terminal 1 dan Terminal 2.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved