Lapisan Batuan Cair Baharu Ditemukan Di Bawah Plat Tektonik Bumi

WorldTechnologyDigitalSpace
9 Feb 2023 • 5:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di kelas geografi dahulu, kami diajar bumi mempunyai empat lapisan iaitu kerak, mantel, teras luar dan teras dalam. Pergerakan dalam lapisan-lapisan ini menyebabkan gempa bumi dan juga mewujudkan medan magnet. Tetapi saintis dari The University of Texas in Austin mengumumkan penemuan lapisan batuan cair baharu di bawah plat tektonik bumi.

image is not available

Lapisan batuan cari ini meliputi sekitar 40% permukaan bumi dengan ia terletak sekitar 160 kilometer di bawah permukaan bumi. Ia merupakan sebahagian daripada lapisan asthenosfera yang terletak di dalam mantel yang membantu pergerakan plat tektonik bumi.

Kajian juga mendapati kewujudan lapisan batuan cair ini tidak menyebabkan sesetengah kawasan mengalami gempa bumi dengan lebih mudah. Data yang dikumpul akan membantu saintis memahami dengan lebih dalam mengenai lapisan asthenosfera dan pergerakan plat tektonik.

View Original Article