Lapor Jika Ada Akaun Media Sosial Salah Guna Nama Agong, Raja Permaisuri

3 Apr 2024 • 8:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana- mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atau Keluarga DiRaja Johor.

Menurut hantaran dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyamaran dan salah guna identiti adalah kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.

Dalam hantaran itu, turut disertakan satu tangkap layar akaun Facebook atas nama 'Ibrahim Ibni Allmarhumm' yang disahkan sebagai akaun palsu dan menyamar menggunakan identiti Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved