Lapor Polis Jika Ada Kenderaan 'Total Loss' Di Jalan Raya

LocalCars
2 Oct 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ternampak kenderaan yang telah diisytiharkan ‘total loss’ digunakan di jalan raya? Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyeru orang ramai agar segera membuat laporan.

Penggunaan Kenderaan ‘Total Loss’ Satu Kesalahan

image is not available

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menyatakan bahawa tindakan menggunakan semula kenderaan yang dikategorikan sebagai ‘total loss’ adalah serius dan melanggar peraturan.

"Saya menasihatkan individu atau mana-mana pihak yang tahu atau melihat kenderaan seperti itu supaya membuat laporan kepada pihak polis dan JPJ bagi membolehkan siasatan dilakukan jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan semula kenderaan dikategorikan sebagai 'total loss' itu," katanya.

Kes Kenderaan ‘Total Loss’ Tular di Telegram

Baru-baru ini, tular satu mesej di Telegram mengenai seorang individu yang mendakwa melihat semula keretanya yang pernah diisytiharkan sebagai ‘total loss’. Kenderaan tersebut sepatutnya tidak lagi berada di jalan raya selepas mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan. Namun, hasil semakan di aplikasi MyJPJ mendapati cukai jalan kenderaan itu masih aktif meskipun diisytihar rosak sepenuhnya sejak 12 tahun lalu.

Sumber: BH