Laporan Audit Mendapati Projek MyDigital ID Belanja RM 28.13 juta Tanpa Kelulusan

LocalTechnology
23 Feb 2026 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laporan audit mendapati Projek MyDigital ID membelanjakan RM28.13 juta tanpa kelulusan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan oleh MIMOS Berhad. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mendedahkan secara keseluruhan terdapat beberapa kelemahan dalam aspek perbelanjaan dan kawalan dalaman semasa pelaksanaan awal projek.

image is not available

RM28.13 juta yang dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa Melibatkan 11 sub-skop projek yang melebihi atau tiada peruntukan. Pada waktu yang sama struktur tadbir urus projek tidak berfungsi seperti ditetapkan seperti tiada pembentangan rasmi mengenai kelulusan perbelanjaan atau status pelaksanaan dalam mesyuarat pemantauan.

Audit turut mendapati RM14.09 juta dana pembangunan digunakan untuk membayar emolumen kakitangan, kos sumber dan kemudahan perubatan. Ini pula adalah bertentangan dengan garis panduan RMK-12 yang tidak membenarkan emolumen dan kelengkapan pejabat dibiayai melalui dana pembangunan.

Projek MyDigital ID mula dilaksanakan pada Mac 2024 dengan aplikasi MyJPJ yang terawal menyokongnya. Ia digunakan untuk pengesahan identiti diri di atas talian dengan ia akan diintegrasikan ke semua perkhidmatan kerajaan.

Ia juga akan digunakan untuk pendaftaran kad SIM prabayar bagi mengelakkan isu penipuan atas talian yang berleluasa. Pelan jangka panjang pula ialah ia kelak boleh digunakan untuk membuang undi secara atas talian di masa hadapan tanpa perlu lagi bergegas balik ke kampung.