Laporan Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar

4 Jul 2024 • 1:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Audit Dedah Isu Kritikal dalam Pelaksanaan Projek Telekomunikasi di Sabah

Laporan Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar. Laporan Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyorot sembilan audit melibatkan 11 kementerian dengan jumlah kos projek diaudit mencecah RM41.97 bilion.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menyatakan bahawa audit tersebut meliputi projek kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan serta badan berkanun persekutuan. Skop audit termasuk projek yang dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (9MP) hingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (12MP).

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Ratusan Sekolah di Sabah Masih Guna Internet Perlahan Walaupun Teknologi Fiber Sudah Ada

Beliau mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek kerajaan yang berpunca daripada faktor seperti kekurangan pemantauan atau pengawasan oleh pihak berkaitan, kekurangan koordinasi antara agensi relevan, pangkalan data yang tidak lengkap, serta kelemahan dalam dasar dan prosedur kerja.

Dalam laporan tersebut, didapati bahawa Sebanyak 28 daripada 87 jajaran jalur lebar di Sabah dan Semenanjung bernilai RM53.60 juta tidak dilanggan atau digunakan sejak siap pada 2013 dan 2017. Ini bermakna banyak infrastruktur yang telah dibina tidak dimanfaatkan atau digunakan oleh penduduk setempat.

Sebahagian infrastruktur jalur lebar di Sabah terbiar, sambungan kabel terputus, dan peralatan rosak. Ini menunjukkan kekurangan penyelenggaraan dan pemantauan yang berkesan, menyebabkan pembaziran sumber dan dana yang telah dibelanjakan.

Sebanyak 337 daripada 597 sekolah di Sabah masih menggunakan teknologi jalur lebar atau satelit dengan kelajuan terhad, walaupun teknologi fiber telah disediakan di bawah Fasa 1 Point of Presence (PoP). Ini menyebabkan pelajar-pelajar di Sabah masih terhad dengan akses internet yang perlahan, yang boleh menghalang proses pembelajaran digital.

Audit Dedah Isu Kritikal dalam Pelaksanaan Projek Telekomunikasi di Sabah

Sementara itu, Wan Suraya berkata LKAN 2/2024 dibentangkan di Parlimen selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan pembentangan LKAN kedua tahun ini, selepas pembentangan pada 6 Mac.

Beliau berkata, selain laporan mengenai aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun persekutuan, LKAN 2/2024 juga meliputi laporan pengurusan syarikat-syarikat kerajaan persekutuan.

LKAN 2/2024 akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangan di Dewan Rakyat, dan orang awam boleh melayarinya melalui www.audit.gov.my.

Beliau juga menyebut bahawa sejumlah 64 cadangan audit telah dikemukakan dalam LKAN 2/2024 untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi, dan syarikat kerajaan yang diaudit di peringkat persekutuan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: