Laporan – Grab Telah Menyumbang Sekitar RM 9.9 Bilion Untuk Ekonomi Tempatan

TechnologyDigital
17 Feb 2025 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sedar atau tidak, sudah lebih 10 tahun Grab sudah dilancarkan. Mulanya pada tahun 2012 sebagai aplikasi tempahan teksi, kemudian perkhidmatannya mula ditambah kepada aplikasi seru-pandu, sehinggalah melebarkan sayapnya kepada pelbagai perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan dan makanan, perbankan, mahupun pemetaan dan juga pemilikan peruncitan menerusi Jaya Grocer, pertumbuhan Grab dan jenama mereka selama lebih 10 tahun ini tidak asing lagi bukan sahaja dikalangan warga tempatan, malah di rantau Asia Tenggara ini. 

image is not available

Terbaru menerusi laporan EconWorks, di Malaysia sahaja perkhidmatan Grab pada tahun 2023 dianggarkan bernilai RM 9.9 bilion, iaitu sekitar 0.5% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. 88% dari jumlah ini terhasil dari pengusaha perniagaan serta rakan penghantaran yang wujud dalam ekosistem Grab. 

image is not available

Malah sekitar 277,237 peluang pekerjaan terwujud, dan menjana sekitar RM 3.7 bilion pendapatan isi rumah yang sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara. Dalam angka ini, boleh dikatakan seorang dari 64 individu di Malaysia memperoleh pendapatan dari Grab, sama ada secara terus ataupun tidak. Namun untuk statistik diatas adalah tidak termasuk perkhidmatan lain seperti GrabPay, GX Bank dan juga Jaya Grocer. Kajian EconWorks ini juga hanya meliputi mobiliti dan penghantaran.

image is not available

Dalam statistik lain, perkhidmatan GrabCar telah ditempah melebihi 200 juta tempahan pada tahun 2023.  Perkhidmatan GrabFood pula menyaksikan lebih dari 140 juta tempahan makanan berjaya dihantar pada tahun yang sama. Menariknya untuk GrabExpress dan GrabMart, kedua-duanya juga turut popular digunakan warga tempatan dimana lebih 6 juta penghantaran GrabExpress dan hampir 7 juta pembelian barnagan runcit menerusi GrabMart dilakukan pada tahun 2023. 

image is not available

Kesemua ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan positif kepada industri lain terutamanya industri logistik, industri berkaitan makanan, dan industri peruncitan. Sepertinya pengusaha restoran kecil yang mungkin tidak mempunyai sistem penghantaran, akan menggunakan Grab bagi tujuan penghantaran makanan. Industri logistik dan pengangkutan pula berkembang atas sebab permintaan keatas logistik, termasuklah dalam penyelenggaraan kenderaan yang digunakan bagi tujuan penghantaran. 

image is not available

Selama 12 tahun beroperasi di Malaysia, jelas sekali Grab telah membawa kemajuan ekonomi melebihi apa yang asalnya diwujudkan, iaitu aplikasi tempahan teksi. Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan baik secara terus atau menerusi anak syarikat dan entiti lainnya. 

Penafian: Advertorial dari Grab

View Original Article