Laporan JPJ Tidak Tepat, Chery Dedah Jumlah Jualan Sebenar Oktober Lalu

LocalCars
19 Nov 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung data jumlah pendaftaran kenderaan bulan Oktober 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui sistem data terbuka kerajaan. Penjelasan ini merujuk kepada ketidaktepatan data untuk beberapa model Chery.

Ketidaktepatan Angka Pendaftaran

Tiggo 8 Pro: JPJ melaporkan hanya 16 unit didaftarkan, tetapi angka sebenar ialah 87 unit, menunjukkan permintaan yang jauh lebih tinggi untuk SUV premium ini.

Omoda E5 (EV): JPJ mencatatkan sejumlah 348 unit model elektrik, Omoda E5, telah berjaya dijual, sedangkan angka sebenar hanya 16 unit. Ini mencerminkan cabaran untuk mengekalkan momentum jualan EV selepas pelancaran, fenomena biasa bagi pasaran EV.

Tiggo 7 Pro: JPJ melaporkan 87 unit dijual, tetapi angka sebenar adalah 348 unit, menunjukkan penerimaan positif model ini di pasaran SUV bersaiz sederhana.

image is not available

Kepentingan Ketepatan Data

Chery Malaysia menegaskan bahawa laporan data yang tepat sangat penting kerana ia mempengaruhi persepsi awam dan keputusan pengguna.

image is not available

"Di saat kami sedang berusaha untuk mengukuhkan kehadiran di Malaysia, penting agar prestasi kami dilaporkan dengan betul," kata jurucakap syarikat.

Angka pembetulan ini juga menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap model Chery, terutama Tiggo 7 Pro, yang kini menjadi produk utama dalam segmen SUV yang kompetitif.

Ketidaktepatan JPJ Sebelum Ini

Carz.com.my mendapati bahawa ini bukanlah kali pertama JPJ melakukan kesilapan dalam kemasukan data. Ketika pelancaran Ora Good Cat, model itu pernah dikategorikan di bawah jenama Buick dan bukannya GWM/Ora.

Kesilapan seperti ini, terutama dalam pengumuman data awam, boleh memberi kesan negatif terhadap persepsi jenama atau produk. Oleh itu, diharapkan JPJ dapat memperbaiki ketepatan data di masa hadapan.

Rancangan Masa Depan

image is not available

Sebagai sebahagian daripada usaha menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari, Chery akan terus memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) seperti Omoda E5.

Menjelang 2025, Chery merancang untuk memperluaskan tawaran NEV mereka dengan memperkenalkan varian hibrid dan PHEV. Langkah ini selari dengan seruan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Liew Chin Tong, yang berharap EV, PHEV dan REEV menjadi tulang belakang kepada industri automotif negara.

image is not available