Laporan kerajaan akan umum kenaikan harga petrol, diesel tidak betul - Fahmi

4 May 2024 • 6:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi berucap pada Program Jiwa Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Perempuan Al-Mashoor, pada Sabtu. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Sabtu menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, mesyuarat Jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas.

"Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya Ahli Jemaah Menteri, kita tidak bincang perkara ini pun. Jadi, don't put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

"Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika berucap pada Program Jiwa Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor, di sini pada Sabtu.

Beliau turut meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.

AKAN MENYUSUL