Laporan polis terhadap lelaki ancam bunuh PM

14 Aug 2023 • 8:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook dikenali sebagai Zikri Hakim Azhar yang didakwa mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan berkenaan dibuat oleh Suriase Gengiah yang juga Naib Pengerusi Ketua Cabang Sungai Buloh di Balai Polis Sri Damansara, petang ini.

image is not available
Tangkap layar laporan polis yang dibuat Suriase A/L Gengiah yang juga Naib Pengerusi Ketua Cabang Sungai Buloh di Balai Polis Sri Damansara, petang ini. - Gambar Facebook, 14 Ogos, 2023

“ Semasa saya berada di sebuah restoran, saya menerima whatsapp bergambar dari seorang kawan yang meminta saya melihat Facebook Zikri Hakim Azhar berkenaan.

“ Saya tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut kerana telah mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri,’’ katanya seperti tertulis dalam laporan kepada polis.

Suriase berkata, semasa membuka Facebook itu, beliau mendapati komen tersebut telah tiada dan disyaki telah dipadamkan.

“Saya datang ke balai untuk membuat laporan bagi tindakan selanjutnya kerana ugutan serta ancaman keselamatan terhadap Perdana Menteri,’’ katanya. – 14 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved