Larang Pelihara Anjing Di Kondo, Atlet Olimpik Saman MBPJ Dan Kerajaan Selangor

LocalPolitics
23 Jan 2026 • 4:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan menyeluruh pemeliharaan anjing di pangsapuri dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Atlet Olimpik saman MBPJ dan kerajaan Selangor

image is not available

Foto arkib: Utusan

Menurut laporan Free Malaysia Today, menerusi saman tersebut, Noraseela mencabar kesahihan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MBPJ) 2007, dengan mendakwa peruntukan berkenaan bercanggah dengan undang-undang persekutuan, termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Akta Pengurusan Strata.

Menurut beliau, Seksyen 8(2) undang-undang kecil itu yang melarang pemeliharaan anjing di unit pangsapuri merupakan satu bentuk larangan menyeluruh yang tidak berlandaskan kuasa perundangan yang sah.

image is not available

Foto: Bernama

Noraseela yang menetap di sebuah kompleks kondominium di Petaling Jaya, berhujah bahawa MBPJ telah bertindak melampaui bidang kuasanya dengan melaksanakan larangan tersebut tanpa asas undang-undang yang kukuh.

Beliau turut mendakwa larangan itu menjejaskan hak pemilik haiwan peliharaan untuk menggunakan dan menikmati harta mereka sepenuhnya, selain menegaskan tiada bukti menunjukkan pemeliharaan anjing atau haiwan peliharaan lain menyebabkan gangguan kepada jiran atau penduduk sekitar.

Sumber: Free Malaysia Today

The post Larang Pelihara Anjing Di Kondo, Atlet Olimpik Saman MBPJ Dan Kerajaan Selangor appeared first on Borak Daily.