Larangan Miliki Media Sosial, Fahmi Fadzil Seru Ibu Bapa Pantau Anak Bawah 13 Tahun

22 Apr 2024 • 11:29 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang menggunakan media sosial serta pihak ibu bapa diseru untuk memantau perkara tersebut.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Media (MCMC) berpendapat bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan sebarang media sosial memandangkan platform itu sendiri tidak membenarkan golongan berkenaan berbuat demikian.

image is not available

Foto: IG Fahmi Fadzil

“Kepada ibu bapa, saya beri amaran daripada MCMC, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.
“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan tutup akan tersebut,” katanya pada Ahad.

Beliau turut menegaskan kepada penjaga untuk memaklumkan kepada pihaknya sekiranya anak-anak mereka memiliki media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan lain-lain untuk diambil tindakan terhadap akaun berkenaan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, isu pemilikan akaun media sosial pada saat ini adalah berkaitan dengan pihak media sosial yang menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa membuat pengesahan umur bagi memastikan pendaftar memenuhi syarat yang dibenarkan.

image is not availableFoto: Google

“Kita lihat ada beberapa perkara pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada kita dahulu. Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengunguman mengenai perbincangan dengan semua platform khususnya berhubung keselamatan dalam talian yang berkait dengan kanak-kanak,” ujarnya.

Susulan itu, beliau menjelaskan pihak mereka telah mengadakan pertemuan dengan pengendali Facebook, Instagram, Whatsapp serta Telegram (META) untuk berbincang cara untuk menangani isu ini dan hasil keputusan tersebut dijangka pada awal Mei ini.

Sumber: Bernama