Larangan operasi pembalakan sehingga Disember

6 Oct 2022 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Zin

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak tidak membenarkan sebarang operasi pembalakan negeri ini mulai 1 November hingga 31 Disember depan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, pihaknya juga turut mengarahkan sebarang aktiviti rekreasi dan mendaki gunung di negeri itu turut dihentikan seketika susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, semua hutan lipur di bawah seliaan Jabatan Perhutanan negeri juga akan ditutup sementara kepada orang awam.

"Bagaimanapun arahan tersebut masih bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jika keadaan cuaca baik kita akan buka semula aktiviti dan operasi.

"Kita akan maklumkan sebarang arahan dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved