Larangan Penggunaan Dron bermula 26 Ogos - 31 Ogos 2024

LocalPolitics
20 Aug 2024 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak menerbangkan dron di seluruh negara memandangkan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024, akan bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini

Larangan itu untuk memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat selain mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

CAAM berkata, larangan ini juga bertujuan untuk mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, yang menjalankan latihan dan pertunjukan penerbangan formasi rendah di beberapa lokasi sambutan.

image is not available

"Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs)," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk keterangan lanjut, layari www.caam.gov.my.