Lari Dari Pemeriksaan Polis, Dua Warga Asing Ditahan

3 May 2024 • 8:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Lelaki Dikejar Kereta Peronda Polis, Disaman Kerana Tiada Lesen

Dua orang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis Jalan Pasar, Meru, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao A/L Samachulu berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 1 tengah hari pada Khamis.

Semasa kejadian, MPV SL 63 yang bertugas melakukan rondaan cegah jenayah kawasan Meru terserempak dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan yang mencurigakan.

“MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang dinaiki namun dua lelaki tersebut melarikan diri

“MPV SL 63 mengejar dan berjaya menahan motosikal tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Pihak polis yang melakukan pemeriksaan kemudian mendapati kedua-dua lelaki merupakan warga asing. Namun mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tidak membawa barang-barang menyalahi undang-undang.

“Tindakan saman POL 257 dikeluarkan kepada penunggang motosikal tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu,” ujar Vijaya lagi.

Terdahulu, sebuah video yang merakam motosikal yang dinaiki dua individu dikejar oleh sebuah kereta peronda polis di Jalan Pasar Malam, Meru menjadi tular di media sosial.