Lari Dari Yang Lain, Dapo Salai N9 Di Kuching Hidang Makanan Tradisi Negeri Sembilan

Local
24 Aug 2022 • 11:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Daging salai masak lemak di sini memang padu!

Lari Dari Yang Lain, Dapo Salai N9 Di Kuching Hidang Makanan Tradisi Negeri Sembilan. Kalau anda ingin mencuba port makanan melayu dari Negeri Sembilan yang asli di Kuching, anda boleh singgah ke Dapo Salai N9 ini!

image is not available
Lari Dari Yang Lain, Dapo Salai N9 Di Kuching Hidang Makanan Tradisi Negeri Sembilan. Kredit Gambar: FB @DapoSalaiN9

image is not available
Kredit Gambar: FB @DapoSalaiN9 

Menu masak lemak cili padi

Menyediakan menu masakan tradisi melayu Negeri Sembilan dan juga Sarawak, Dapo Salai N9 mempunyai pelbagai menu makanan menarik antaranya yang paling kami sarankan untuk anda cuba adalah menu masak lemak cili padi mereka!

Menu masak lemak cili padi ini merupakan menu masakan tradisional yang amat popular bagi rakyat melayu Negeri Sembilan di mana mereka menggelarnya “masok lomak cili api”. Menu masakan Negeri Sembilan juga amat terkenal dengan kepedasannya!

image is not available
Kredit Gambar: FB @DapoSalaiN9 

image is not available
Kredit Gambar: FB @DapoSalaiN9 

Menu yang anda wajib cuba di sini

Jadi, ini adalah menu yang anda wajib cuba di sini; burung puyuh salai masak lemak cili padi, daging salai masak lemak cili padi, sambal petai udang, nasi goreng udang galah, tomyam daging salai dan juga banyak lagi menu menarik yang lain.

Kalau anda minat makanan pedas, anda harus singgah dan cuba makanan di Dapo N9 ini!

Lokasi: Dapo’ Salai N9, Sublot 44, Milan Square, Kuching.

Waktu beroperasi: Isnin hingga Sabtu jam 7 pagi hingga 12 malam

No. telefon: 017-281 5104

Lagi di sini:

View Original Article