Lari Ke New Zealand Kerana Berhutang, Permohonan Status ‘Pelarian’ Warga Malaysia Ini Ditolak

16 Jun 2023 • 12:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara nak lari dari hutang, warga Malaysia ini sanggup memohon status ‘pelarian’ di New Zealand

Lari Ke New Zealand Kerana Berhutang, Permohonan Status ‘Pelarian’ Warga Malaysia Ini Ditolak. Permohonan status ‘pelarian’ seorang warga Malaysia yang kini berada di New Zealand baru-baru ini ditolak.

Lelaki itu, yang menetap di New Zealand sejak 2014 selepas gagal membayar hutangnya, berhutang RM9 juta kepada pelabur dan peminjam.

image is not available
Lari Ke New Zealand Kerana Berhutang, Permohonan Status ‘Pelarian’ Warga Malaysia Ini Ditolak

Amal gaya hidup mewah

Menurut laporan, lelaki Malaysia itu pada mulanya memulakan perniagaan pinjaman wang pada 2003 – mengambil wang daripada pelabur dan meminjamkannya dengan faedah yang tinggi.

Namun menjelang tahun 2008, lelaki itu memutuskan untuk meminjam wang daripada ah long dan pemberi pinjaman lain untuk terus bertahan apabila perniagaan itu mengalami masalah pendapatan.

image is not available
Lelaki tersebut memutuskan untuk berpinjam daripada ah long untuk sustain perniagaannya.

Ia menjadi corak untuk lelaki itu meminjam daripada pemberi pinjaman lain untuk membiayai perniagaannya antara 2008 dan 2014. Ia juga didapati bahawa lelaki itu dan keluarganya juga menjalani gaya hidup mewah, nampaknya dibiayai oleh wang yang dipinjamnya dan membuat pinjaman baru untuk bayar yang lama.

Disebabkan tidak mengawasi hutang yang dia terkumpul serta wang yang mengalir masuk dan keluar dari beberapa akaun peribadinya, lelaki itu hanya menyedari dia berhutang sekurang-kurangnya RM27 juta kepada beberapa pemberi pinjaman dan pelabur – hutang yang terlalu banyak untuk dibayar.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Melarikan diri ke New Zealand akibat ketakutan

Beberapa pelaburnya adalah orang yang berkuasa dan ramai peminjam wang tidak berlesen diketahui mempunyai hubungan jenayah. Pada masa itu, sekurang-kurangnya 14 peminjam lelaki terbabit adalah ah long.

Menjelang akhir Mac 2014, sebilangan pelabur dalam syarikat pinjamannya memberi tarikh akhir kepada lelaki tersebut untuk membayar semua wang mereka yang berjumlah RM9 juta.

Lelaki itu kemudian memutuskan untuk melarikan diri ke New Zealand bersama keluarganya pada April 2014 selepas tidak dapat meminjam lagi wang bagi membayar hutang berkenaan. Namun, difahamkan lelaki itu turut diganggu dalam talian oleh mereka di Malaysia kerana tidak membayar hutangnya, dengan gambar dan perniagaannya turut dikongsi dalam talian.

Rumah dan premis perniagaannya turut disita oleh pemiutang beberapa hari selepas dia meninggalkan Malaysia. Setahun kemudian pada 2015, lelaki itu mendapati dia mempunyai status imigresen Malaysia yang ‘disenarai hitam’ – yang bermakna dia tidak akan dapat memperbaharui pasport Malaysianya empat tahun kemudian.

image is not available
Pasport lelaki itu telah disenarai hitam Imigresen Malaysia. Kredit: Imigresen

Permohonan status ‘pelarian’ ditolak Tribunal New Zealand

Lelaki itu telah cuba menuntut status pelarian dan orang yang dilindungi di New Zealand menjelang tahun 2020, dengan alasan bahawa dia akan ditangkap semasa ketibaan jika dia kembali ke Malaysia dan didakwa atas kesalahan jenayah yang berkaitan dengan keruntuhan perniagaan pinjaman wangnya.

Dia juga menyatakan bahawa dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana pengaruh pelaburnya dan dia bimbang nyawanya akan terancam oleh ah long.

Namun, rayuannya ditolak oleh Tribunal Imigresen dan Perlindungan New Zealand tidak menemui sebarang bukti bahawa nyawanya terancam.

image is not available
Permohonan lelaki itu ditolak Tribunal Imigresen dan Perlindungan New Zealand. Kredit: RNZ

Lagi di sini: