Lari tinggalkan beras Siam elak dicekup

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 10:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penyeludup bertindak melarikan diri meninggalkan 300 kg beras selepas kegiatan haram itu berjaya dikesan anggota Batalion 7 PGA Kuantan di bawah jambatan Pulau Ular, Tumpat pada Jumaat.

TUMPAT - Seorang penyeludup bertindak melarikan diri meninggalkan 300 kilogram (kg) beras selepas kegiatan haram itu berjaya dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di bawah jambatan Pulau Ular di sini pada Jumaat.

Lelaki berkenaan melarikan diri ke negara jiran semasa penugasan Op Taring Wawasan dilakukan pada jam 8.15 malam.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian telah menemukan beberapa kampit beras yang diseludup dari negara Thailand.

"Beras ini dipercayai untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM1,200.

"Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved