
SHAH ALAM, 27 JUN: Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai ini dengan penyertaan hampir 2,000 peserta termasuk dari luar negara termasuk dari Belarus, Rusia, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), program anjuran MPAJ yang memasuki edisi kelapan menawarkan dua kategori iaitu lari santai 5 kilometer dan lari terbuka 12 kilometer.

“Penganjuran ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara khazanah alam seperti permatang kuarza berhampiran laluan larian yang diiktiraf sebagai Geosite di bawah Geopark Gombak-Hulu Langat.
“Program ini juga antara inisiatif menyokong kempen Tahun Melawat Selangor 2025, selain menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” menurut pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan hari ini.
MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada penaja antaranya Tourism Selangor, IJM Land, Selcare, F&N, KPJ Hospital, Melawati Mall, Hospital Pantai serta agensi kerajaan yang menyumbang dalam bentuk kewangan dan teknikal.

The post Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai, tonjol keunikan permatang kuarza appeared first on Selangorkini.



![[VIDEO] Komunikasi terhad di Iran, rakyat Malaysia guna cara lama hubungi keluarga - Duta](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
